KONVENSYEN
HOSPITAL MESRA IBADAH 2023
- 24-25 Mei, 2023
- Auditorium 2, Hospital Al-Sultan Abdullah, Universiti Teknologi MARA, 42300 Bandar Puncak Alam, Selangor.
“Perawatan Holistik Pemangkin Kelestarian Kesihatan Ummah”
Hospital Al-Sultan Abdullah (HASA) UiTM akan menganjurkan Konvensyen Hospital Mesra Ibadah 2023. Ini merupakan konvensyen yang julung kalinya diadakan di HASA ini semenjak ia mula beroperasi pada tahun 2021. Penganjuran konvensyen ini amat bersesuaian dengan status HASA yang merupakan salah satu hospital pengajar di Malaysia. HASA juga berhasrat untuk mendapatkan akreditasi Hospital Mesra Ibadah dari KKM-JAKIM bagi memastikan pesakit mendapat perkhidmatan penjagaan spiritual yang terbaik ketika menerima rawatan di HASA. Program konvensyen ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Hospital Mesra Ibadah Hospital Al-Sultan Abdullah UiTM dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Konvensyen Hospital Mesra Ibadah 2023 ini diadakan untuk:
1. Memberi pendedahan kepentingan perawatan secara holistik kepada ummah.
2. Membuka ruang idea terutama aspek penggunaan teknologi bagi mencapai kesihatan holistik.
3. Medium bagi pengamal perubatan dan penjaga untuk bertukar pandangan ke arah mencapai kelestarian kesihatan holistik.
“Perawatan Holistik Pemangkin Kelestarian Kesihatan Ummah”
Masa | Sesi | Pembentang |
---|---|---|
08:00 | Pendaftaran Peserta / Minum Pagi | |
09:00 | Ucapan alu-aluan | Prof. Dr. Sazzli Shahlan Kasim, Pengarah Hospital Al-Sultan Abdullah UiTM |
09:15 - 10:00 | Sidang Pleno 1: Keterampilan Kepimpinan Bagi Mencapai Kesihatan Holistik | Dato’ Dr. Khalid Ibrahim, Pensyarah Utama, Fakulti Perubatan UiTM |
10:00 - 12:00 | Simposium 1: Penjagaan Kesihatan Digital | |
10:00 - 10:30 | Pembentang 1: Dekan Fakulti Perubatan UiTM | Prof. Madya Dr. Fazah Akhtar Hanapiah |
10:30 - 11:00 | Pembentang 2: Ketua Pegawai Eksekutif, An-Nur Specialist Hospital | Dr. Shaharom Md Shariff |
11:00 - 11:30 | Pembentang 3: Ketua Unit Hal Ehwal Islam, Hospital Sultanah Nora Ismail | Puan Sarah Norasikin Abdullah |
11:30 - 12:00 | Pembentang 4: Mantan Dekan Akademi Pengajian Bahasa UiTM (Pengguna Aplikasi EMPOWER-SUSTAIN App) | Dr. Ahmad Mazli Muhammad |
12:00 - 13:00 | Forum 1: Peranan Penjaga (Carer) Dalam Mencapai Kesihatan Holistik | |
Moderator Forum | Dr. Sakinah binti Idris | |
Panelis 1: Timbalan Dekan (Penyelidikan), Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya | Prof. Dr. Che Zarrina Sa’ari | |
Panelis 2: Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, Kementerian Kesihatan Malaysia | Dr. Noraliza Noordin Merican | |
Panelis 3: Timbalan Dekan Penyelidikan & Jaringan Industri, Fakulti Undang-Undang UiTM (Penjaga anak berkeperluan khas) | Prof. Madya. Dr. Nur Ezan Rahmat | |
13:00 - 14:00 | Makan Tengahari / Solat | |
14:00 - 14:45 | Sidang Pleno 2: Kelestarian Penjagaan Kesihatan Holistik | Datuk Dr. Haji Rohaizat Haji Yon, Mantan Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan |
14:45 - 15:30 | Sidang Pleno 3: Penjagaan Spiritual Pelengkap Kepada Penjagaan Kesihatan Holistik | Dr. Ahmad Fahmi bin Md Sahray, Ketua Unit Spiritualiti & Kesihatan Hospital Sungai Buloh |
15:30 - 16.45 | Majlis Perasmian Konvensyen Hospital Mesra Ibadah 2023 | |
15:30 - 15:45 | Ketibaan Perasmi | |
15:45 - 15:50 | Nyanyian Lagu Negaraku & Bacaan Doa | |
15:50 - 16:00 | Ucapan alu-aluan | Profesor Datuk Ts Dr Hajah Roziah Mohd Janor, Naib Canselor UiTM |
16:45 | Lawatan ke Reruai Pameran & Minum Petang |
Masa | Sesi | Pembentang |
---|---|---|
08:00 | Pendaftaran Peserta / Minum Pagi | |
09:00 - 11:00 | Simposium 2: Mobilisasi Sumber Ke Arah Komuniti Cakna Kesihatan Holistik | |
09:00 - 09:30 | Pembentang 1: Pertubuhan Amal Uncle Kentang Malaysia | Encik Kuan Chee Heng |
09:30 - 10:00 | Pembentang 2: Pengarah Bahagian Komuniti, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) | Encik Quek Kia Ann |
10:00 - 10:30 | Pembentang 3: Kasih Hospice Foundation | Dr. Siti Noor Munirah Ibrahim |
10:30 - 11:00 | Pembentang 4: Sukarelawan Hospital Al-Sultan Abdullah UiTM | Datin Seri Siti Zubedah Hazabollah |
11:00 - 12:00 | Forum 2: Model Solusi: Sokongan Sosial & Program HMI | |
Moderator Forum | Dr. Muhammad Fairuz Azmi | |
Panelis 1: Ketua Pegawai Eksekutif, Seterra Group | Tuan Haji Rashidi Yahya | |
Panelis 2: Ketua Penolong Setiausaha, Unit Hal Ehwal Islam, Kementerian Kesihatan Malaysia | Ustaz Mohd Isa Abdullah | |
Panelis 3: Pengurus Kanan, Waqaf An-Nur Corporation | Tuan Haji Mohd Nazarudin Ali | |
Panelis 4: Pegawai Hal Ehwal Islam JAKIM | Dr. Mohd Izwan bin Md Yusof | |
12:00 - 12:45 | Sidang Pleno 4: Anjakan Paradigma ke arah Kelestarian Kesihatan Ummah | Dato’ Seri Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) |
12:45 - 13:00 | Rumusan & Penutup | Prof. Madya Dr. Ahmad Izuanuddin Ismail, Timbalan Pengarah (Klinikal), Hospital Al-Sultan Abdullah UiTM |
13:00 - 14:00 | Makan Tengahari / Bersurai |